Sunday, October 25, 2009

MINGGU BAHASA KEBANGSAAN


PANITIA BAHASA MELAYU 19 OKTOBER Satu program pemantapan penggunaan Bahasa Melayu dijalankan selama seminggu iaitu bermula 19 Oktober - 23 Oktober 2009. Program yang diwujudkan untuk mendedahkan kepada murid akan kepentingan bahasa Ibunda (Bahasa Melayu) dan memupuk semangat cintakan bahasa telah dirasmikan oleh Pn. Guru Besar Pn. Hjh. Rugayah Bt. Hj. Abdullah. Antara acara dan pertandingan yang dijalankan adalah seperti pertandingan bercerita, pertandingan sahiba, pertandingan mengarang cerita pendek mengunakan komputer, Program sehari serangkap pantun dan pertandingan mewarna.

HARI ICT - RIMUP













15 OKTOBER SK Pulau Sebang telah menganjurkan satu program RIMUP berteraskan ICT. Program yang dinamakan HARI ICT tersebut diwujudkan adalah bertujuan untuk mendedahkan murid-murid dan ibu bapa tentang kelebihan dan kegunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Antara acara-acara yang dijalankan sepanjang hari ICT tersebut ialah pameran, pertandingan membina bahan pembelajaran dan kursus pembinaan bahan pengajaran melalui program 'Lacture Maker'. Pertandingan yang dijalankan adalah berfokuskan program RIMUP yang mana melibatkan SJKC Pay Chee dan SJKT Pulau Sebang dapat membantu dalam mengeratkan perpaduan kaum berteraskan slogan 1 Malaysia.